Sunday, 17 February 2013

Penginapan di Pekanbaru, Indonesia

iShine Hotel

Dulunya dikenali dengan nama Aston Pekanbaru City Hotel. Hotel ni terletak di Jl. Jend. Sudirman No.158. Lokasi yang sangat strategik untuk shopping di Ramayana. 

Ratenya kalau kamar Deluxe Rp.508 000 semalam. 









Selesa, bersih, karyawan yang mesra dan mudah senyum, makanan enak, walking distance untuk ke shopping spt ke Pekanbaru Mall, Plaza Senepelen, Plaza Sukaramai (Ramayana), kedai roti Vanhollano (yang sangat terkenal dengan Roti Siak).

Airport Pekanbaru, Indonesia

Nampaknya sudah banyak pembaharuan di airport ini. Dulu kali pertama datang, airportnya sedang construction. Airport yang baru ni, lebih besar dan selesa.
Sultan Syarif Kasim International Airport

 Terdapat banyak restoran di sini. Di Serambi ni ada soto, nasi padang, dan lain-lain. Terdapat juga Roti Boy, dan beberapa fast food yang lain.
 Lihatlah betapa luasnya airport baru ni..

Kena naik shuttle dari pesawat ke arrival hall..

Di airport baru ni, kita rasa lebih selesa sebab diasingkan utk penumpang yang nak berlepas dengan yang arrival. Jadi di escalator tak sesak sebab untuk tetamu yang baru sampai, kena guna escalotor di wing yang lain. Kesimpulannya, percutian kali ni amat menyeronokkan dengan cuaca yang tak berapa panas. Bulan Feb ni, musim hujan. Kalau datang bulan Mei, agak panas.

makanan enak di Aston Hotel Pekanbaru

hmm..ni yang menariknya di Pekanbaru ni. Walaupun sudah dua kali ke sini, tak pernah rasa bosan dengan makanan Nasi Padangnya. Percutian kali ini, kami sekeluarga mencuba pula hidangan dari iShine Hotel (Aston Hotel)..

 

Lihatlah betapa menariknya Pisang Keju Colat...bestnya..yang ni order dari kamar sahaja. Tapi lama juga tunggu nak sampai ke bilik..lebih kurang 20 minit. Maklumlah macam-macam hidangan yang kami sekeluarga pesan.

                                                                 Tempura seafood

 

Ikan gurame asem manis  


Ifu Seafood mie 


Bolehlah kalian mencuba...memang sangat sedap dengan harga yang berpatutan.