Friday, 27 November 2015

Bangkok-Pattaya

Entri kali ni adalah lawatan saya ke Bangkok,Thailand atas urusan kerja. Untuk ke Bangkok ni saya perlu bayar RM 1 300 untuk tiket penerbangan AirAsia pergi dan balik dan untuk ground di sana termasuk transportation, penginapan dan makan.

 

Penerbangan dari KLIA2 ke Bangkok (Don Mueng T1) mengambil masa selama 2 jam 5 minit. Kalau anda dapat arrival card awal dari agen boleh isi sebelum naik pesawat  tapi kalau takda pun takpa sebab dalam flight pramugari akan beri. Cuma kalau dapat awal, dalam flight boleh relax dan bila landing terus que dan jimat masa.
Saya pergi pada 22-25 November. Cuaca di sini panas ketika ini sama macam di Malaysia.

 

Inilah team kami..pergi membawa segunung harapan...



 
 


 

Penginapan kami selama 4 hari 3 malam ni adalah di Regent Hotel, Rampkhamheng. Di sini hotelnya macam di Mekah. Kalau kita naik lif untuk ke tingkat 3, kita kena turun tangga lak..agak leceh lah hotel ni. Tapi bab makan halal dan sedap..menu breakfast setiap hari nasi goreng, bubur nasi ikan..menu lain makeroni dan mee hoon goreng. Hotel ni juga menyediakan wifi yang perlu diambil passoword setiap hari sebab setiap password valid sehari je.


 

Di Asiatique Night Bazar terdapat macam-macam. Lebih kurang macam di Danga Bay. 

 

 Lawatan ke sekolah sebagai penanda aras.
 

Lawatan ke Kedutaan Malaysia,Bangkok

 

Muslim Centre of Bangkok

 

Elephant Ride

 

Muslim Centre of Bangkok 

 

Elephant ride 400 Baht di Pattaya

  

Roti butter yang dibeli di Floating Market 100 Baht

 

Roti sutera..katanya terkenal. Tapi tak memenuhi selera saya.

 

Air kelapa laut yang dijual di Floating Market tapi tak pasti harga berapa sebab bos belanja.

  

Air kelapa laut yang manis....





 

Di Bangkok, kami dibawa berjalan-jalan di shopping complex. Saya tak rasa apa-apa keistimewaan kerana di negara kita pun banyak mall. Antara mall yang kami pergi adalah Seacon Square. Di sini lebih kurang macam MidValley ada Baskin Robbin, tesco, dan macam-macam. Mall yang lain tak ingat nama sebab takda apa yang special. 

Kesimpulan saya, lebih baik pergi ke pulau kalau anda ke Thailand. Di Bangkok ni bagi saya tak jauh beza macam anda berjalan ke Kuching, Vietnam, ataupun ke Rantau Panjang. Ikut selera masing-masing la. Cukup la bagi saya hanya sekali ke sini. Tapi untuk ke pulau saya rela pergi berulang kali...sekian catatan untuk kali ni.

Nantikan catatan saya ke Istanbul December nanti inshaAllah.








Monday, 5 October 2015

A day trip to Singapore

 

Merlion Park

Merupakan mercu tanda bagi Singapura. Merupakan tempat tumpuan pelancong. Kami sekeluarga ke sini dengan menaiki kenderaan sendiri tapi kami hire tourist guide dari JB, Encik Othman 012-27203313. Bayarannya SD35 per head. Kita bgtau aje nak ke mana sbb Encik Othman ni sangat familiar dgn Singapore dan sehari sampai 6 kali dia keluar-masuk Singapore hantar org & amik org. 



 

Masjid Sultan 

Rupanya masjid di Singapore ni bukan mcm di tempat kita, ada parking kat dalam masjid. Di sini, kereta kena park tepi jalan je. Sebenarnya kat sini, pemandu diajar berdisiplin. Jadi sebenarnya kalu kita park sebarangan boleh kena denda. Tapi kalu pada waktu solat, kita dibenarkan park tepi jalan. Kalu nak park kete utk pegi makan, etc kena ada card..apa ntah namanya access card ke..tak ingat lak. Bayar SD10 masa di imigresen. Satu kad, hanya utk satu kereta dgn satu nombor pendaftaran je. utk top up card, boleh buat di 7-Eleven. Kad ni mcm touch& go la... 


Al-Tasneem Restaurant 

Memang sedap la makan Nasi Beriani ayam kat sini. Harga kalu tak silap SD6. Ada mcm2 menu kat sini...ada murtabak, mee goreng, roti canai etc mcm mamak di tempat kita la...


Bugis Street

Kat gerai depan sekali tempat sy bergambar ni, Encik Othman cakap paling murah. Key chain 36 pcs SD10. Beg pula SD 10 utk 6 buah beg..nnt sy try upload pic beg & key chain.


Sentosa Island 

Untuk ke sini dgn menaiki kereta, kalu tak silap kena byr SD5..tergantung kepada masa kita masuk sbb kalu seblm 12 noon caj lain. selepas 12 noon, caj nya berlainan..kena check la sbb sy pun tak ingat. Kat sini mcm2 ada. Sy tak masuk pun USS sbb faktor utama ke Singapore atas urusan kerja. Jadi tak sempat pun nak jalan sangat..glob belakang tu berpusing. jd kena tunggu perkataan UNIVERSAL dtg, baru cantik utk snap pic. Sebenarnya masa umur 7 thn dulu dah pernah dtg sini. Masa dulu takda pun USS nih..hihihi...dulu ayah yg bwk jln. Sekrg sambil keje, sambil jalan...itu aje lah catatan utk thn 2015. catatan seterusnya ke Istanbul inshaAllah. doakan ye!