Merlion Park
Merupakan mercu tanda bagi Singapura. Merupakan tempat tumpuan pelancong. Kami sekeluarga ke sini dengan menaiki kenderaan sendiri tapi kami hire tourist guide dari JB, Encik Othman 012-27203313. Bayarannya SD35 per head. Kita bgtau aje nak ke mana sbb Encik Othman ni sangat familiar dgn Singapore dan sehari sampai 6 kali dia keluar-masuk Singapore hantar org & amik org.
Masjid Sultan
Rupanya masjid di Singapore ni bukan mcm di tempat kita, ada parking kat dalam masjid. Di sini, kereta kena park tepi jalan je. Sebenarnya kat sini, pemandu diajar berdisiplin. Jadi sebenarnya kalu kita park sebarangan boleh kena denda. Tapi kalu pada waktu solat, kita dibenarkan park tepi jalan. Kalu nak park kete utk pegi makan, etc kena ada card..apa ntah namanya access card ke..tak ingat lak. Bayar SD10 masa di imigresen. Satu kad, hanya utk satu kereta dgn satu nombor pendaftaran je. utk top up card, boleh buat di 7-Eleven. Kad ni mcm touch& go la...
Al-Tasneem Restaurant
Memang sedap la makan Nasi Beriani ayam kat sini. Harga kalu tak silap SD6. Ada mcm2 menu kat sini...ada murtabak, mee goreng, roti canai etc mcm mamak di tempat kita la...
Bugis Street
Kat gerai depan sekali tempat sy bergambar ni, Encik Othman cakap paling murah. Key chain 36 pcs SD10. Beg pula SD 10 utk 6 buah beg..nnt sy try upload pic beg & key chain.
Sentosa Island
Untuk ke sini dgn menaiki kereta, kalu tak silap kena byr SD5..tergantung kepada masa kita masuk sbb kalu seblm 12 noon caj lain. selepas 12 noon, caj nya berlainan..kena check la sbb sy pun tak ingat. Kat sini mcm2 ada. Sy tak masuk pun USS sbb faktor utama ke Singapore atas urusan kerja. Jadi tak sempat pun nak jalan sangat..glob belakang tu berpusing. jd kena tunggu perkataan UNIVERSAL dtg, baru cantik utk snap pic. Sebenarnya masa umur 7 thn dulu dah pernah dtg sini. Masa dulu takda pun USS nih..hihihi...dulu ayah yg bwk jln. Sekrg sambil keje, sambil jalan...itu aje lah catatan utk thn 2015. catatan seterusnya ke Istanbul inshaAllah. doakan ye!