Assalamualaikum
Entri kali ni adalah mengenai perjalanan kami sekeluarga ke Banda Aceh, Indonesia. Perjalanan dengan menggunakan pesawat AirAsia AK421 mengambil masa selama 1 jam 30 minit. Alhamdulillah cuaca baik sepanjang penerbangan. Kami berlepas jam 7:55 pagi dan sampai pada 8:25 pagi.
Sesampainya kami di Bandara ( Airport Sultan Iskandar), kami dibawa ke Taman Makam Tsunami di Kampung Siron. Seterusnya kami ke Muzium Tsunami. Di sini, sebuah kereta dikenakan caj Rp 3 000 dan tiada bayaran dikenakan untuk masuk ke dalam muzium.
Di Museum Tsunami, kami melihat gambar-gambar rentetan tsunami & juga video mengenai tsunami yg durasinya 7 minit. Museum ini bertingkat-tingkat, tapi kami hanya naik sehingga tingkat dua sahaja mengenangkan si ibu yg sudah kelaparan.
Lawatan seterusnya adalah ke Rumoh Aceh. Di sini, kalau hanya mahu bergambar tidak dikenakan sebarang bayaran. Jika mahu naik ke atas rumah, bayarannya adalah sebanyak Rp 5 000.
Seterusnya kami ke Kapal Atas Rumah di Gampung Lampulo.
sebuah perkongsian pengalaman percutian di samping menghargai ciptaan Allah di bumi yang indah ini...
Thursday, 17 March 2016
Saturday, 5 March 2016
Reset Diri: Hati yang disayangi Allah
Tarikh: 5 March 2016
Tempat: Modest Culture, Taman Putra Kajang
Penceramah: Ustazah Norhafizah Musa
Tempat: Modest Culture, Taman Putra Kajang
Penceramah: Ustazah Norhafizah Musa
Menatang cinta Allah.
5 prinsip:
- Kesanggupan untuk berkorban. Cinta agung kerana Allah. Sanggup berkorban kerana Allah. Contohnya sahabat Nabi, Ja'afar bin Abu Thalib yang kedua-dua tangannya terpotong akhirnya syahid menegakkan syiar Islam (bukti cinta Allah, berkorban kerana Allah). Korban jiwa raga & harta kerana Allah.
- keindahan/ keseronokkan memuji Allah. Hati menjadi tenang.
- kelazatan menikmati. Menikmati pemberian Allah.
- kehalusan mengamati.
- asyik dipandang dan memandang.
Tips:
- Sentiasa ingat walaupun kita isteri, bos, ibu etc kita adalah hamba Allah. Jangan riak.
- menghargai hubungan.
- bijak mengurus, utamakan rumahtangga
- banyak berzikir, perbaiki diri
- qiamulail tak patut tinggal. pandang qiamulail sebagai hadiah dari Allah. belum cukup pagi kita baca kitab mathurat, solat sunat. sebtiasa lidah mengingati Allah. jaga lidah kerana lidah manusia masuk neraka. zikir bersatu lidah dgn anggota lain kerana Allah. Puji Allah kerana terpesona dengan Allah.
Friday, 26 February 2016
Temasya Sukan Tahunan Kali ke-35 2016
Terlebih dahulu saya ingin memohon maaf sebab entri kali ni bukanlah mengenai percutian. Tapi disebabkan ini pengalaman kali pertama saya menjadi Ketua Rumah Syahbandar, iaitu rumah Merah maka saya ingin kongsikan pengalaman saya dari sebelum berlangsungnya acara sukan yang sebenar.
Sesi yang pertama bermula apabila tema diberikan untuk perbarisan rumah sukan pada kali ini adalah "warrior". Maka saya mulakan dengan membaca blog-blog orang pengalaman mereka untuk perbarisan.
Memandangakan saya suka gabungan warna merah-hitam, maka saya telah memilih watak Ninja.
Saya mulakan dengan membeli kain 2m warna merah & 1m warna hitam di Jakel. 1 m berharga RM 6.
Memandangkan kali ni unit koko tiada peruntukkan yang banyak untuk sukan apatah lagi perbarisan, maka kami mulakan dengan meminta sumbangan murid setiap kali latihan rumah sukan. Tiada paksaan, namun sangat mengharukan apabila ada murid yang menyumbang RM 50, RM 30, RM 5, etc katanya mak ayah yang suruh bagi sumbangan...alhamdulillah. Hanya itu yang mampu saya ucapkan.
Sebelum saya terlupa, memandangkan saya target tahun ni untuk mengulang kembali kejayaan spt tahun lps maka sy memberi motivasi kpd murid agar bersungguh-sungguh semasa merentas desa untuk mengumpul mata rumah sukan. Alhamdulillah, kami bukan sahaja mengumpul jumlah markah yg tertinggi utk merentas desa malah kami telah menang acara keseluruhan utk acara padang juga...selain itu, jangan lupa bila kita berhajat utk menang lakukanlah solat hajat. Sesungguhnya dari Allah yg Maha Pemberi Rezeki tempat kita meminta...bukan apa, bila menang sy nk murid-murid rasa gembira & menyimpan memori kegembiraan mereka sepanjang berada di sekolah rendah sebelum melangkah ke alam sekolah menengah.
ok sambung cerita pasal perbarisan, saya bercadang buat topeng mata & kain merah yg selempang di tepi. Semua peserta perbarisan akan pakai t-shirt hitam. Sy dpt idea ni dari blog costume rental.
Ingat nak buat mcm ni...
tapi xjadi sgt pun..so, seminggu sebelum sukan berlangsung murid-murid excited bantu buat topeng & gunting kain.
Hasilnya adalah...cer komen sikit..hahah
Susah juga rupanya jadi ketua rumah sukan ni. Sepanjang 10 tahun jadi guru, ni baru pertama kali jadi ketua guru rumah sukan. Tak tdo mlm jadi sbb risaukan perbarisan yg dijangka mula jam 7.40-8.15 pagi. Ni baru ketua guru rumah Syahbandar kalo SU Sukan lagi ler risau tak gaban ek..
Meh belanja pic Hari Sukan..alhamdulillah tahun ni kami masih mengekalkan kejuaraan kami...
'Make-up' balik bendera lama...tak buat baru pun..Kostume sewa dari facebook, saje nak bagi budak-budak hepi pakai kostum cantik. fb: sewa costume bangi.
Sesi sebelum perbarisan bergerak masuk untuk lintas hormat |
Just nak share tips
(hasil pengalaman sendiri)
- Dari perlantikan AJK rumah sukan, lantik mmg atlet supaya memberi semangat buat semua ahli rumah sukan.
- Dari mesyuarat agung tu juga cari 10 orang utk acara tarik tali.
- Mohon sumbangan murid, 10 sen setiap seorang pun takpa untuk beli peralatan/hiasan rumah sukan. Sediakan tabung setiap kali perjumpaan / latihan rumah sukan.
- Kumpul mata bermula dari merentas desa, acara padang & sukaneka.
- Untuk persiapan perbarisan, cuba kreatif. Kami hanya mampu mencapai tempat ke-3 je.
- Selain itu, jangan lupa buat solat hajat & berdoa supaya semua urusan berjalan lancar.
Itu jer la kot setakat yg ingat ni. Barang2 utk perbarisan sy beli merata. Ada kat jakel, nagoya, nilai 1, kedai RM 2, Daiso..slow2 kumpul beli. Semoga entri kali ni membantu ketua rumah sukan yg baru seperti sy. good luck!!
Subscribe to:
Posts (Atom)