Assalamualaikum
Entri kali ni adalah mengenai perjalanan kami sekeluarga ke Banda Aceh, Indonesia. Perjalanan dengan menggunakan pesawat AirAsia AK421 mengambil masa selama 1 jam 30 minit. Alhamdulillah cuaca baik sepanjang penerbangan. Kami berlepas jam 7:55 pagi dan sampai pada 8:25 pagi.
Sesampainya kami di Bandara ( Airport Sultan Iskandar), kami dibawa ke Taman Makam Tsunami di Kampung Siron. Seterusnya kami ke Muzium Tsunami. Di sini, sebuah kereta dikenakan caj Rp 3 000 dan tiada bayaran dikenakan untuk masuk ke dalam muzium.
Di Museum Tsunami, kami melihat gambar-gambar rentetan tsunami & juga video mengenai tsunami yg durasinya 7 minit. Museum ini bertingkat-tingkat, tapi kami hanya naik sehingga tingkat dua sahaja mengenangkan si ibu yg sudah kelaparan.
Lawatan seterusnya adalah ke Rumoh Aceh. Di sini, kalau hanya mahu bergambar tidak dikenakan sebarang bayaran. Jika mahu naik ke atas rumah, bayarannya adalah sebanyak Rp 5 000.
Seterusnya kami ke Kapal Atas Rumah di Gampung Lampulo.
sebuah perkongsian pengalaman percutian di samping menghargai ciptaan Allah di bumi yang indah ini...
Thursday, 17 March 2016
Saturday, 5 March 2016
Reset Diri: Hati yang disayangi Allah
Tarikh: 5 March 2016
Tempat: Modest Culture, Taman Putra Kajang
Penceramah: Ustazah Norhafizah Musa
Tempat: Modest Culture, Taman Putra Kajang
Penceramah: Ustazah Norhafizah Musa
Menatang cinta Allah.
5 prinsip:
- Kesanggupan untuk berkorban. Cinta agung kerana Allah. Sanggup berkorban kerana Allah. Contohnya sahabat Nabi, Ja'afar bin Abu Thalib yang kedua-dua tangannya terpotong akhirnya syahid menegakkan syiar Islam (bukti cinta Allah, berkorban kerana Allah). Korban jiwa raga & harta kerana Allah.
- keindahan/ keseronokkan memuji Allah. Hati menjadi tenang.
- kelazatan menikmati. Menikmati pemberian Allah.
- kehalusan mengamati.
- asyik dipandang dan memandang.
Tips:
- Sentiasa ingat walaupun kita isteri, bos, ibu etc kita adalah hamba Allah. Jangan riak.
- menghargai hubungan.
- bijak mengurus, utamakan rumahtangga
- banyak berzikir, perbaiki diri
- qiamulail tak patut tinggal. pandang qiamulail sebagai hadiah dari Allah. belum cukup pagi kita baca kitab mathurat, solat sunat. sebtiasa lidah mengingati Allah. jaga lidah kerana lidah manusia masuk neraka. zikir bersatu lidah dgn anggota lain kerana Allah. Puji Allah kerana terpesona dengan Allah.
Subscribe to:
Posts (Atom)