Tuesday, 18 December 2012

Tempat-tempat menarik di Perth



Perth  is great for shopping.  Tempat ni namanya Freemantle. Dalam 45 minit dari Perth. Dikatakan di Old Freemantle market barang/harganya agak mahal sikit. Jadi kami sekeluarga shopping ole-ole di E-shed Market, di toko Bu Ade. Nama tokonya Aussin. Harganya bisa dirunding. Kalau key chain harganya AUD 3.95. Kalau nak ke sini pastikan datang Jumaat- Ahad je. Hari lain, tutup. Kedai ni tutup 9 malam.

Di sini selain kedai ole-ole, ada juga kedai kacang, dried fruit, kedai nasi, etc. Kacang roasted kat sini best sgt...
Gambar di bawah tu pula adalah di Fisherman's Harbour...kat sini tengok kapal-kapal dan pemandangan yang indah jer...takda tempat shopping pun..pemandangan semata.





Subhanallah, lihatlah betapa indahnya pemandangan di Kings Park dan Botanic Garden. Kings Park menjadi taman pertama di Australia dibuka kepada awam pada 1872. Spend a sunny day exploring the river by walking and cycling your way along the foreshore on one of the many cycle and walking tracks provided, or take in waterfun sports and scenic flights (sumber dipetik dari  Perth Tourist Centre Online). Harap suatu hari nanti, kami sekeluarga berkesempatan datang lagi ke sini sambil berbasikal di trak yang disediakan. InsyaAllah.





Destinasi yang seterusnya, adalah Swan Valley. Ianya hanya 20 minit dari bandar Perth. Tempat ini terkenal dengan wine. Di sini, arak dihasilkan secara tradisional dari rumah dari satu keturunan yang diwarisi. Lihatlah gambar kebun anggur, nampak tak berapa cantik. Tapi bila makan buah anggur di sini, rasanya sangatlah manis..






Di Whiteman Park terdapat Caversham Wildlife Park. Untuk masuk sini, entry fees nya 22 AUD per person. Dibuka dari 8 pagi sampai 5 petang. Lokasi ini sememangnya wajib dikunjungi pelancong berkeluarga yang mahu mendekati ladang serta haiwan.





Seterusnya, adalah lawatan ke Joondalup Country Club iaitu sebuah tempat untuk main golf. Di kawasan berhampiran terdapat sebuah shopping mall, tapi tak ingat nama apa. Di shopping mall tu terdapat food court yang menyediakan sajian halal. Kebab 9 AUD, Nasi dengan lauk 7 AUD.




 Lokasi yang seterusnya adalah City Beach. Di sini kami menikmati pemandangan pantai dengan cuaca yang dingin...





Aha...tempat ni namanya Penguin Island. Malang sekali, jauh-jauh datang, drive 45 minit dari Perth rupanya ia ditutup dari awal Jun sampai awal September. Oleh itu, kalian surf dulu www.dolphins.com.au sebelum datang ke sini untuk mendapatkan info terkini.




Kailis Fish Market Cafe ni sangat terkenal dengan fish and chipsnya. Tapi saya suka lagi Fish Manhattan kat Malaysia. Portion lagi besar dan murah kalau di sini. Kat sana, salad, sauce everything caj lain...kalau di sini, siap dengan salad,kan...tapi ke sini sebab sambut birthday kakak. Tu yang special...love u, sis!



Bagi penggemar coklat jangan lupa kunjungi Fremantle Chocolate Factory. Di sini, ada tester. Boleh rasa tapi pastikan tanya ada campur liquor atau tak. Saya suka coklat campur caramel...sedap sangat...ada juga coklat campur cili..memang pedas. Tepuk dada, tanya selera anda:)

21 comments:

  1. Next time u can try gi mandurah,Albany.
    go to christmas Island to see the Malay community.South Perth,a lot to see there.
    pegi river cruising at Swan River.
    Or u can go up North,Atlantis Sun City,see and feed the Dolphins.Kat up North also u can see The Pinacles.Emma buleh ambil local tour /daily tour di sana..TQ

    ReplyDelete
  2. Terima kasih maksu atas komen.
    Aemma akan cuba ke tempat-tempat yang maksu rekomen kemudian.
    InsyaAllah

    ReplyDelete
  3. Anggaran budget sana berapa? Kalau nak stay 5 hari.. Tak termasuk hotel.. RM1K untuk satu hari?

    ReplyDelete
  4. Saudara ultras tranung

    Maaf lambat balas.
    Kalau tak salah, RM1 ribu semlm utk apartment kat sana dah ok. Apapun check dgn hotel/apartment. Mcm di mont clare staff dia boleh berckp bhs melayu..try la email mereka

    ReplyDelete
  5. Salam.nak share pengalaman ke perth.saya br pulang 3 hari lepas.dan merupakan kali ke 4 saya dan keluarga ke sana.ia adalah kerana kami sgt suka dgn perth dan tmpt kami menginap. Kami menginap di mahira holiday homes yg merupakan seorg malaysian muslim owner.beliau mempunyai 4 holiday bungalow dan alhamdulilah kami sudah mencuba ke empat2 holiday tersebut.kami amat berpuas hati kerana tmptnya sgt dkt dgn perth city,bersih,fully furnishhed dan amat berpatutan.anak owner tu ada dimsia.boleh contact cik siti 0123360098 . Fully equipped with kitchen n cooking facilities dan juga washer machine n dryer. Mereka juga ada kereta sewa utk in house guest.bonusnya mereka pick n drop off airport for free
    owner dia pulak very friendly and humble.down to earth. memang superb lah service diaorg. rumah rumah mereka pun memang sgt dkt dgn kemudahan. memang berbaloi.

    caj yg dikenakan adalah AUD$220 weekdays dan $240 weekend

    untuk 2 adults and 2 kanak kanak bwh 12 thn atau 3 adults

    berbaloi kan? memang berpatutan. yg penting service dia memang superb!

    ReplyDelete
  6. alhamdulillah..best nyer..

    mmg teringin nk ke sana lg..
    terima kasih atas info...dah berbulan2 baru perasan ada new comment..maaf ye lmbt respon

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aemma, ketika di Perth Aemma stay di mana ye...bole bagi detail macam mana nak survey rate terkini

      Delete
  7. Dzulkafli, saya stay di Mon Clare Boutique Apartments...memang sgt selesa, bersih, siap ada dapur, boleh masak..kalu kita sewa kereta pun ada tempat parking disediakan...
    try survey kat Agoda dan web apartment tu utk survey rate terkini.

    ReplyDelete
  8. Assalamualaikum. Free ke kalau masuk di king park dan botanic garden? Atau ada yuran?

    ReplyDelete
  9. w'salam

    ya, free aje..best sgt kat Kings Park tu..damai...
    Nur Hikmah plan nk g Perth bila?
    selamat melancong.

    ReplyDelete
  10. salam kak, sya dalam perancangan ke perth by this coming july. im zero of experience, huhu. jadi, nak mohon nasihat dari kak dari segi flight ticket, hotel, transport n beautiful place there? mohon advise ye kak :)

    ReplyDelete
  11. wsalam

    terima kasih sudi singgah ke blog akak dik haizum.

    sekadar perkongsian: ticket flight akak beli time promo AirAsia so kami sefamili dpt duduk di hot seat. kalu xsilap akak, kami beli tiket flight haritu masa promo Hari Krismas 2011..penerbangan kami pulak adalah June 2012...beli tiket awal dik, so dpt la murah sikit...
    Hotel lak kami tempah dari Agoda aje...tempat penginapan kami di Mont Clare Boutique Apartment...mmg best bilik kat sini, beso, bersih dan selesa...nnt adik tgk entri akak Mont Clare Boutique Apartment ye...
    transport lak, kami sefamili amik dari airport je...hertz rent-a-car..
    beautiful place byk sgt...tapi yg larat kami pegi City Beach, Joondalup, Kings Park, e-shed market, caversham wildlife park, swan valley,fremantle & penguin Island...yang kami belum sempat g Mandurah dan perkampungan melayu Christmas Island & The Pinnacles...byk tempat menarik tapi antara larat dgn tdk je nk p..
    selamat bercuti dik Haizum..maaf akak lewat bls ye..

    ReplyDelete
  12. Terima kasih atas perkongsian. Kami akan ke Perth bulan November ni :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sama-sama, Ain..

      Harap catatan sy dpt membantu perjalanan Ain ke Perth yg sgt indah...nnt boleh share dgn sy pula.

      Delete
  13. salam nk tanya betul ke caj penginapan dkt sana kiraan per person?agak2 kalau saya dan suami nak ke sana 4 hari 3mlm brp kena spend utk penginapan?

    ReplyDelete
  14. w'salam.
    caj penginapan adalah berdasarkan jenis bilik. try baca:http://www.montclareapartments.com.au/accommodations.htm

    sy sgt selesa tinggal di Mont Clare Apartment ni sbb boleh masak, cuci baju, bersih & dekat dgn kemudahan...semuanya walking distance je.

    bercakap tentang rate pula maybe boleh spend RM 3-5ribu memandangkan nilai matawang kita yg tidak menentu ni..
    harap info ini membantu sedikit sebanyak. mungkin puan boleh email pihak hotel utk sebrg pertanyaan lanjut.

    ReplyDelete
  15. salam kak, perkongsian yang akak berikn sangat membantu saya untuk plan trip pergi sana. thanks kak.

    ReplyDelete
  16. wslm. terima kasih sudi singgah blog akak..bila iman pegi? selamat mengembara ye,dik!

    ReplyDelete