Sunday 16 December 2018

Penginapan di Bangkok

Di sini lah penginapan kami selama 4 hari 3 malam. Shadi Home terletak di Ratchaprarop Rd, Makkasan, Ratchathewi merupakan sebuah hotel yang halal untuk segala makanan di cafenya. Kalau kalian ingin menempah hotel ini, bolehlah melakukannya di laman web ye. Kalian juga boleh mendapat free wi-fi di hotel ini.


Terdapat banyak tempat urut, 7-Eleven serta pelbagai kedai di sini. 





Saya sangat suka breakfast di sini sebab ayam goreng, pasta dan nasi goreng yang memenuhi citarasa saya.



Bangkok

Assalamualaikum. Berhabuk dah blog ni lama tak update. Dalam tempoh tak update ni, macam-macam negara dah pergi,cuma belum ada kesempatan untuk update. Pada 6-9 Dec 2018, saya sekali lagi ke Bangkok. Dulu kali pertama pergi untuk urusan kerja. Kali kedua ni, bersama keluarga pergi untuk melawat tempat-tempat yang selalu orang pergi.    


Perjalanan dari KLIA2 ke Don Mueang International Bangkok mengambil masa 2 jam 15 minit. Kami punya flight delayed...so sementara tunggu flight, kami pun pusing-pusing dalam airport...memandangkan bulan ni merupakan perayaan Hari Natal, maka banyaklah pokok Krismas kat sini.




Kalau memilih untuk bercuti semasa cuti sekolah, kena bersedialah dengan keadaan beratur untuk ke tandas yang panjang,beratur yang panjang di imigresen, flight berbaris untuk take off..dan beratur yang panjang kalo nak membeli makanan di food court,etc.


Bila dah lama tak naik flight, baru tahu sekrg ni semua kena buat sendiri...dari print tag untuk bag, check-in dan hantar beg ke kaunter...
                                                                    Kat kaunter Self Check-in ni, kita kena print tag bag dan lekatkan sendiri pada beg sebelum kita ke kaunter Baggage Drop.


Lepas letakkan tag untuk beg, boleh la kita ke Baggage Drop Counter.


OK...dah selesai..bolehlah ke imigresen dan ke kaunter untuk boarding.