Tuesday 18 December 2012

Tips sebelum melancong

Assalamualaikum

Sekadar berkongsi tips/pengalaman.

1) Pastikan tukar matawang asing di sini. Kalau tukar di bank tak dpt byk sgt. Kalau di Bangi ni, saya suka tukar di Warta. Pastikan jumlah mencukupi, jangan pula tukar sikit lepas tu kat negara orang nak tukar, alamat sikit jer dapat...

2) Kalau naik Airasia pastikan beli berat bagasi yg munasabah. Kalau memang plan nak shopping, takkan nak beli beg 15 kg jer..

3) Pastikan print jadual solat, weather forecast untuk sepanjang hari kalian berapa di negara orang. Google aje...pastu print. Baru tahu time solat, suhu, etc...

4) Sebelum keluar rumah, kita digalakkan solat sunat musafir semoga Allah memelihara kita dan keluarga sepanjang berada di negara orang dan memelihara harta benda yang ditinggalkan di sini, pendek kata kepada Allah lah kita berserah sepenuhnya akan keselamatan, rezeki dan lain-lain. Moga Allah permudahkan urusan percutian kita.

5) Tawar setiap kali shopping. Banyakkan berzikir agar penjual lembut hati dan beri kita good price.

6) Jaga solat dan pastikan kesucian/halal makanan yang kita beli.

7) Kalau memang plan nak shopping, bawa extra beg. Rancang perbelanjaan anda dengan bijak. Beli apa yang perlu saje.

8) Bersedekah lah kepada yang memerlukan. Contohnya, kalau pergi zoo belilah t-shirt ke, key chain ke sebab wang kita itu donate kepada pihak zoo. Kalau perlu belikan binatang makanan, belilah carrot, pisang untuk mereka.

9) Rancang betul-betul percutian anda. Beli tiket awal supaya dapat harga murah. Plan nak sewa kereta dengan siapa, plan ground trip nak ambil dengan siapa. Google lah..baca blog orang lain. Untuk ke Bandung, cadangan saya homestaybandung@gmail.com. Email saja untuk atur ground trip dan bayarannya.

10)  Pastikan anda sediakan wang untuk airport tax bagi negara yang kita perlu bayar tax. Contoh kalau di Indonesia airport tax nya Rp 75 000.

Tempat-tempat menarik di Perth



Perth  is great for shopping.  Tempat ni namanya Freemantle. Dalam 45 minit dari Perth. Dikatakan di Old Freemantle market barang/harganya agak mahal sikit. Jadi kami sekeluarga shopping ole-ole di E-shed Market, di toko Bu Ade. Nama tokonya Aussin. Harganya bisa dirunding. Kalau key chain harganya AUD 3.95. Kalau nak ke sini pastikan datang Jumaat- Ahad je. Hari lain, tutup. Kedai ni tutup 9 malam.

Di sini selain kedai ole-ole, ada juga kedai kacang, dried fruit, kedai nasi, etc. Kacang roasted kat sini best sgt...
Gambar di bawah tu pula adalah di Fisherman's Harbour...kat sini tengok kapal-kapal dan pemandangan yang indah jer...takda tempat shopping pun..pemandangan semata.





Subhanallah, lihatlah betapa indahnya pemandangan di Kings Park dan Botanic Garden. Kings Park menjadi taman pertama di Australia dibuka kepada awam pada 1872. Spend a sunny day exploring the river by walking and cycling your way along the foreshore on one of the many cycle and walking tracks provided, or take in waterfun sports and scenic flights (sumber dipetik dari  Perth Tourist Centre Online). Harap suatu hari nanti, kami sekeluarga berkesempatan datang lagi ke sini sambil berbasikal di trak yang disediakan. InsyaAllah.





Destinasi yang seterusnya, adalah Swan Valley. Ianya hanya 20 minit dari bandar Perth. Tempat ini terkenal dengan wine. Di sini, arak dihasilkan secara tradisional dari rumah dari satu keturunan yang diwarisi. Lihatlah gambar kebun anggur, nampak tak berapa cantik. Tapi bila makan buah anggur di sini, rasanya sangatlah manis..






Di Whiteman Park terdapat Caversham Wildlife Park. Untuk masuk sini, entry fees nya 22 AUD per person. Dibuka dari 8 pagi sampai 5 petang. Lokasi ini sememangnya wajib dikunjungi pelancong berkeluarga yang mahu mendekati ladang serta haiwan.





Seterusnya, adalah lawatan ke Joondalup Country Club iaitu sebuah tempat untuk main golf. Di kawasan berhampiran terdapat sebuah shopping mall, tapi tak ingat nama apa. Di shopping mall tu terdapat food court yang menyediakan sajian halal. Kebab 9 AUD, Nasi dengan lauk 7 AUD.




 Lokasi yang seterusnya adalah City Beach. Di sini kami menikmati pemandangan pantai dengan cuaca yang dingin...





Aha...tempat ni namanya Penguin Island. Malang sekali, jauh-jauh datang, drive 45 minit dari Perth rupanya ia ditutup dari awal Jun sampai awal September. Oleh itu, kalian surf dulu www.dolphins.com.au sebelum datang ke sini untuk mendapatkan info terkini.




Kailis Fish Market Cafe ni sangat terkenal dengan fish and chipsnya. Tapi saya suka lagi Fish Manhattan kat Malaysia. Portion lagi besar dan murah kalau di sini. Kat sana, salad, sauce everything caj lain...kalau di sini, siap dengan salad,kan...tapi ke sini sebab sambut birthday kakak. Tu yang special...love u, sis!



Bagi penggemar coklat jangan lupa kunjungi Fremantle Chocolate Factory. Di sini, ada tester. Boleh rasa tapi pastikan tanya ada campur liquor atau tak. Saya suka coklat campur caramel...sedap sangat...ada juga coklat campur cili..memang pedas. Tepuk dada, tanya selera anda:)

Mont Clare Boutique Apartment di Perth


Di sinilah tempat penginapan kami selama 5 hari. Untuk ketahui rate, bolehlah google. Saya pun dah tak ingat berapa. Sangat selesa menginap di sini. Semuanya dekat, walking distance aje.

 Ada kedai kebab, kedai runcit, kedai ole-ole, restoran,etc. Nak naik bas pun dekat jer..basnya pun percuma saje..bagus apartment ni, senang nak cuci kain siap ada dryer, ada dapur, siap kelengkapan memasak. Jadi setiap hari, mak dan ayah masak. Kami adik-beradik tolong potong bawang, kentang, etc.






Lihatlah betapa luas, selesa dan bersihnya apartment ni..alhamdulillah...

Tempat-tempat menarik di Miri


Kalau kalian berada di sini pada hari Sabtu bolehlah ke Pasar Malam di Saberkas. Di sini pelbagai juadah dijual dengan harga yang berpatutan. Ada kek lapis, kuih-muih, ayam bakar, satay dan lain-lain. Kek lapis di sini murah tetapi semua rasa sama walaupun rupa lain.

Saya suka beli kek lapis di sini. Nama kedai kamek sik ingat tapi namanya Kak Mahani. Selalu kalau nak order saya call je, pastu nanti dtg amik. Saya suka tempah kek lapis oreo..nang nyaman glak...


Hahah..di sini tempat yang menarik sebab sekolah yang pernah saya berkhidmat dulu...tak lama pun dari tahun 2007 sampai 2009 jer.



Terdapat pelbagai sayuran, buah-buahan di Tamu Muhibbah ni. Ada juga ikan, udang, kerang dan lain-lain. Kerang mahal sikit, 1kg dalam RM7.




Di The Grand Old Lady ni ada muzium tentang carigali. Tapi saya sendiri pun tak pernah masuk. So tak pasti sama ada masuk percuma ataupun kena bayar. Untuk ke sini, kalian kena drive mendaki  bukit dengan jalan yang agak sempit..View dari atas sini memang sangat memukau...nampak seluruh bandar Miri. Subhanallah..


Sunday 16 December 2012

Tempat-tempat menarik di Bandung


Pemandangan dari atas Pasar Baru...ni adalah Lantai 8 iaitu dari masjid. kat masjid ni, ada tandas utk buang air kecil..bukan utk buang air besar..aras sini juga ada jualan buku-buku agama. Sekadar peringatan, hati-hati sepanjang shopping di sini, kena tawar menawar...kat tgkt bawah plk, terlalu ramai peminta sedekah...siap ada yg bawa baby merayu-rayu minta duit...

Di Saunk Batik ada jual blouse saiz besar, harga pun boleh tawar.




Matlamat ke Bandung adalah untuk shopping pakaian muslimah/ telekung..so kat Rumah Mode ni tak lama pun..tak seperti masa kami spend di Pasar Baru...rasa-rasa 5 jam pun tak cukup sebab terlalu banyak pilihan tudung, telekung, blouse..tapi di Rumah Mode ni best juga...cuma bukan taste saya. Jadi kat Rumah Mode ni hanya beli bread, blouse dan pajamas....lupa nak bgtau, kat sini ada musollah jadi takda masalah nak lama kat sini sbb ada tempat solat..jangan senggaut (terkejar-kejar) ye...





Kalau tak silap kena bayar Rp 50 000/pax untuk masuk ke Gunung Tangkuban Perahu..ada kisah dongeng disebalik nama Tangkuban Perahu..kalian boleh google, cari apakah dongeng tersebut.
Di sini, kuat bau sulfur...kalu rasa-rasa tak tahan pakailah mask. Di sini ramai juga peminta sedekah/ org jual key chain, strawberry, etc... pastikan tawar menawar..jgn terus beli..cuaca kat sini tak sejuk pun, jadi tak perlu pakai baju sejuk...kalau boleh, belilah ataupun shopping lah di gerai-gerai. kesian sbb mereka dah byr sewa, kita pula shopping dgn org yg jual tepi-tepi..








Destinasi paling best adalah Taman Safari Indonesia. Untuk masuk, kena bayar Rp 200 000  seorang dan masuk kereta Rp 15 000. Kalau nak bergambar dengan Orang Utan Rp 20 000 kat Baby Zoo. Kalu nak bergambar dengan Harimau Putih Rp 15 000...memang sgt best kat sini. lagi best kalu 10 pagi kita dah sampai sini sbb byk tempat kena pegi..show terlalu banyak..sy hanya sempat Cowboy Show dan Globe of Death..nak amik pic dgn hero-hero ni free jer..

Sebelum sampai sini, tolong lah beli carrot dan pisang yang dijual di tepi jalan..kita boleh beri binatang ni makan..best sgt...kita beri makan dari dalam kereta je...ada spot tertentu kena tutup tingkap, sbb takut rimau ngap kita...jgn risau, ranger ada...anda sentiasa dlm pantauan

Di sini ada food court jadi tiada masalah makan. pastikan jangan dtg weekend sbb jammed..ramai org jakarta turun sini..alhamdulillah kami pegi weekdays...ada souvenier shop..t-shirt Rp 110 000...mcm2 ada tumbler, topi, seliper, etc.

Tempat shopping kegemaran saya iaitu Rabbani..mcm2 ada swimming suit, kerudung, etc...musolla pun ada di tingkat atas..bila time solat, semua staff pun solat berjemaah...
Satu lagi tempat shopping muslimah adalah di Alisha Fancy Shop..sini banyak Pashima..depa jual kodi juga utk sesiapa berniaga. Kedua2 tmpt ni brg2nya fixed price.