Tuesday 18 December 2012

Tempat-tempat menarik di Miri


Kalau kalian berada di sini pada hari Sabtu bolehlah ke Pasar Malam di Saberkas. Di sini pelbagai juadah dijual dengan harga yang berpatutan. Ada kek lapis, kuih-muih, ayam bakar, satay dan lain-lain. Kek lapis di sini murah tetapi semua rasa sama walaupun rupa lain.

Saya suka beli kek lapis di sini. Nama kedai kamek sik ingat tapi namanya Kak Mahani. Selalu kalau nak order saya call je, pastu nanti dtg amik. Saya suka tempah kek lapis oreo..nang nyaman glak...


Hahah..di sini tempat yang menarik sebab sekolah yang pernah saya berkhidmat dulu...tak lama pun dari tahun 2007 sampai 2009 jer.



Terdapat pelbagai sayuran, buah-buahan di Tamu Muhibbah ni. Ada juga ikan, udang, kerang dan lain-lain. Kerang mahal sikit, 1kg dalam RM7.




Di The Grand Old Lady ni ada muzium tentang carigali. Tapi saya sendiri pun tak pernah masuk. So tak pasti sama ada masuk percuma ataupun kena bayar. Untuk ke sini, kalian kena drive mendaki  bukit dengan jalan yang agak sempit..View dari atas sini memang sangat memukau...nampak seluruh bandar Miri. Subhanallah..


No comments:

Post a Comment