Sunday 16 December 2018

Penginapan di Bangkok

Di sini lah penginapan kami selama 4 hari 3 malam. Shadi Home terletak di Ratchaprarop Rd, Makkasan, Ratchathewi merupakan sebuah hotel yang halal untuk segala makanan di cafenya. Kalau kalian ingin menempah hotel ini, bolehlah melakukannya di laman web ye. Kalian juga boleh mendapat free wi-fi di hotel ini.


Terdapat banyak tempat urut, 7-Eleven serta pelbagai kedai di sini. 





Saya sangat suka breakfast di sini sebab ayam goreng, pasta dan nasi goreng yang memenuhi citarasa saya.



Bangkok

Assalamualaikum. Berhabuk dah blog ni lama tak update. Dalam tempoh tak update ni, macam-macam negara dah pergi,cuma belum ada kesempatan untuk update. Pada 6-9 Dec 2018, saya sekali lagi ke Bangkok. Dulu kali pertama pergi untuk urusan kerja. Kali kedua ni, bersama keluarga pergi untuk melawat tempat-tempat yang selalu orang pergi.    


Perjalanan dari KLIA2 ke Don Mueang International Bangkok mengambil masa 2 jam 15 minit. Kami punya flight delayed...so sementara tunggu flight, kami pun pusing-pusing dalam airport...memandangkan bulan ni merupakan perayaan Hari Natal, maka banyaklah pokok Krismas kat sini.




Kalau memilih untuk bercuti semasa cuti sekolah, kena bersedialah dengan keadaan beratur untuk ke tandas yang panjang,beratur yang panjang di imigresen, flight berbaris untuk take off..dan beratur yang panjang kalo nak membeli makanan di food court,etc.


Bila dah lama tak naik flight, baru tahu sekrg ni semua kena buat sendiri...dari print tag untuk bag, check-in dan hantar beg ke kaunter...
                                                                    Kat kaunter Self Check-in ni, kita kena print tag bag dan lekatkan sendiri pada beg sebelum kita ke kaunter Baggage Drop.


Lepas letakkan tag untuk beg, boleh la kita ke Baggage Drop Counter.


OK...dah selesai..bolehlah ke imigresen dan ke kaunter untuk boarding. 




















Thursday 17 March 2016

Trip ke Banda Aceh: Day 1

Assalamualaikum

Entri kali ni adalah mengenai perjalanan kami sekeluarga ke Banda Aceh, Indonesia. Perjalanan dengan menggunakan pesawat AirAsia AK421 mengambil masa selama  1  jam 30 minit. Alhamdulillah cuaca baik sepanjang penerbangan. Kami berlepas jam 7:55 pagi dan sampai pada 8:25 pagi.
Sesampainya kami di Bandara ( Airport Sultan Iskandar), kami dibawa ke Taman Makam Tsunami di Kampung Siron. Seterusnya kami ke Muzium Tsunami. Di sini, sebuah kereta dikenakan caj Rp 3 000 dan tiada bayaran dikenakan untuk masuk ke dalam muzium.







Di Museum Tsunami, kami melihat gambar-gambar rentetan tsunami & juga video mengenai tsunami yg durasinya 7 minit. Museum ini bertingkat-tingkat, tapi kami hanya naik sehingga tingkat dua sahaja mengenangkan si ibu yg sudah kelaparan.




Lawatan seterusnya adalah ke Rumoh Aceh. Di sini, kalau hanya mahu bergambar tidak dikenakan sebarang bayaran. Jika mahu naik ke atas rumah, bayarannya adalah sebanyak Rp 5 000.



 Seterusnya kami ke Kapal Atas Rumah di Gampung Lampulo.






Saturday 5 March 2016

Reset Diri: Hati yang disayangi Allah

Tarikh: 5 March 2016
Tempat: Modest Culture, Taman Putra Kajang
Penceramah: Ustazah Norhafizah Musa

Menatang cinta Allah.
5 prinsip:

  1. Kesanggupan untuk berkorban. Cinta agung kerana Allah. Sanggup berkorban kerana Allah. Contohnya sahabat Nabi, Ja'afar bin Abu Thalib yang kedua-dua tangannya terpotong akhirnya syahid menegakkan syiar Islam (bukti cinta Allah, berkorban kerana Allah). Korban jiwa raga & harta kerana Allah.
  2. keindahan/ keseronokkan memuji Allah. Hati menjadi tenang.
  3. kelazatan menikmati. Menikmati pemberian Allah.
  4. kehalusan mengamati.
  5. asyik dipandang dan memandang.
Tips:
  1. Sentiasa ingat walaupun kita isteri, bos, ibu etc kita adalah hamba Allah. Jangan riak.
  2. menghargai hubungan.
  3. bijak mengurus, utamakan rumahtangga 
  4. banyak berzikir, perbaiki diri
  5. qiamulail tak patut tinggal. pandang qiamulail sebagai hadiah dari Allah. belum cukup pagi kita baca kitab mathurat, solat sunat. sebtiasa lidah mengingati Allah. jaga lidah kerana lidah manusia masuk neraka. zikir bersatu lidah dgn anggota lain kerana Allah. Puji Allah kerana terpesona dengan Allah.

Friday 26 February 2016

Temasya Sukan Tahunan Kali ke-35 2016

Terlebih dahulu saya ingin memohon maaf sebab entri kali ni bukanlah mengenai percutian. Tapi disebabkan ini pengalaman kali pertama saya menjadi Ketua Rumah Syahbandar, iaitu rumah Merah maka saya ingin kongsikan pengalaman saya dari sebelum berlangsungnya acara sukan yang sebenar.

Sesi yang pertama bermula apabila tema diberikan untuk perbarisan rumah sukan pada kali ini adalah "warrior". Maka saya mulakan dengan membaca blog-blog orang pengalaman mereka untuk perbarisan.

Memandangakan saya suka gabungan warna merah-hitam, maka saya telah memilih watak Ninja. 

Saya mulakan dengan membeli kain 2m warna merah & 1m warna hitam di Jakel. 1 m berharga RM 6.

Memandangkan kali ni unit koko tiada peruntukkan yang banyak untuk sukan apatah lagi perbarisan, maka kami mulakan dengan meminta sumbangan murid setiap kali latihan rumah sukan. Tiada paksaan, namun sangat mengharukan apabila ada murid yang menyumbang RM 50, RM 30, RM 5, etc katanya mak ayah yang suruh bagi sumbangan...alhamdulillah. Hanya itu yang mampu saya ucapkan.

Sebelum saya terlupa, memandangkan saya target tahun ni untuk mengulang kembali kejayaan spt tahun lps maka sy memberi motivasi kpd murid agar bersungguh-sungguh semasa merentas desa untuk mengumpul mata rumah sukan. Alhamdulillah, kami bukan sahaja mengumpul jumlah markah yg tertinggi utk merentas desa malah kami telah menang acara keseluruhan utk acara padang juga...selain itu, jangan lupa bila kita berhajat utk menang lakukanlah solat hajat. Sesungguhnya dari Allah yg Maha Pemberi Rezeki tempat kita meminta...bukan apa, bila menang sy nk murid-murid rasa gembira & menyimpan memori kegembiraan mereka sepanjang berada di sekolah rendah sebelum melangkah ke alam sekolah menengah.

ok sambung cerita pasal perbarisan, saya bercadang buat topeng mata & kain merah yg selempang di tepi. Semua peserta perbarisan akan pakai t-shirt hitam. Sy dpt idea ni dari blog costume rental. 
Ingat nak buat mcm ni...

tapi xjadi sgt pun..so, seminggu sebelum sukan berlangsung murid-murid excited bantu buat topeng & gunting kain.
 

Hasilnya adalah...cer komen sikit..hahah

Susah juga rupanya jadi ketua rumah sukan ni. Sepanjang 10 tahun jadi guru, ni baru pertama kali jadi ketua guru rumah sukan. Tak tdo mlm jadi sbb risaukan perbarisan yg dijangka mula jam 7.40-8.15 pagi. Ni baru ketua guru rumah Syahbandar kalo SU Sukan lagi ler risau tak gaban ek..

Meh belanja pic Hari Sukan..alhamdulillah tahun ni kami masih mengekalkan kejuaraan kami...
 'Make-up' balik bendera lama...tak buat baru pun..
 
 Kostume sewa dari facebook, saje nak bagi budak-budak hepi pakai kostum cantik. fb: sewa costume bangi.
Sesi sebelum perbarisan bergerak masuk untuk lintas hormat

Just nak share tips 
(hasil pengalaman sendiri) 

  1. Dari perlantikan AJK rumah sukan, lantik mmg atlet supaya memberi semangat buat semua ahli rumah sukan.
  2. Dari mesyuarat agung tu juga cari 10 orang utk acara tarik tali.
  3. Mohon sumbangan murid, 10 sen setiap seorang pun takpa untuk beli peralatan/hiasan rumah sukan. Sediakan tabung setiap kali perjumpaan / latihan rumah sukan.
  4. Kumpul mata bermula dari merentas desa, acara padang & sukaneka.
  5. Untuk persiapan perbarisan, cuba kreatif. Kami hanya mampu mencapai tempat ke-3 je.
  6. Selain itu, jangan lupa buat solat hajat & berdoa supaya semua urusan berjalan lancar.
Itu jer la kot setakat yg ingat ni. Barang2 utk perbarisan sy beli merata. Ada kat jakel, nagoya, nilai 1, kedai RM 2, Daiso..slow2 kumpul beli. Semoga entri kali ni membantu ketua rumah sukan yg baru seperti sy. good luck!!






Friday 27 November 2015

Bangkok-Pattaya

Entri kali ni adalah lawatan saya ke Bangkok,Thailand atas urusan kerja. Untuk ke Bangkok ni saya perlu bayar RM 1 300 untuk tiket penerbangan AirAsia pergi dan balik dan untuk ground di sana termasuk transportation, penginapan dan makan.

 

Penerbangan dari KLIA2 ke Bangkok (Don Mueng T1) mengambil masa selama 2 jam 5 minit. Kalau anda dapat arrival card awal dari agen boleh isi sebelum naik pesawat  tapi kalau takda pun takpa sebab dalam flight pramugari akan beri. Cuma kalau dapat awal, dalam flight boleh relax dan bila landing terus que dan jimat masa.
Saya pergi pada 22-25 November. Cuaca di sini panas ketika ini sama macam di Malaysia.

 

Inilah team kami..pergi membawa segunung harapan...



 
 


 

Penginapan kami selama 4 hari 3 malam ni adalah di Regent Hotel, Rampkhamheng. Di sini hotelnya macam di Mekah. Kalau kita naik lif untuk ke tingkat 3, kita kena turun tangga lak..agak leceh lah hotel ni. Tapi bab makan halal dan sedap..menu breakfast setiap hari nasi goreng, bubur nasi ikan..menu lain makeroni dan mee hoon goreng. Hotel ni juga menyediakan wifi yang perlu diambil passoword setiap hari sebab setiap password valid sehari je.


 

Di Asiatique Night Bazar terdapat macam-macam. Lebih kurang macam di Danga Bay. 

 

 Lawatan ke sekolah sebagai penanda aras.
 

Lawatan ke Kedutaan Malaysia,Bangkok

 

Muslim Centre of Bangkok

 

Elephant Ride

 

Muslim Centre of Bangkok 

 

Elephant ride 400 Baht di Pattaya

  

Roti butter yang dibeli di Floating Market 100 Baht

 

Roti sutera..katanya terkenal. Tapi tak memenuhi selera saya.

 

Air kelapa laut yang dijual di Floating Market tapi tak pasti harga berapa sebab bos belanja.

  

Air kelapa laut yang manis....





 

Di Bangkok, kami dibawa berjalan-jalan di shopping complex. Saya tak rasa apa-apa keistimewaan kerana di negara kita pun banyak mall. Antara mall yang kami pergi adalah Seacon Square. Di sini lebih kurang macam MidValley ada Baskin Robbin, tesco, dan macam-macam. Mall yang lain tak ingat nama sebab takda apa yang special. 

Kesimpulan saya, lebih baik pergi ke pulau kalau anda ke Thailand. Di Bangkok ni bagi saya tak jauh beza macam anda berjalan ke Kuching, Vietnam, ataupun ke Rantau Panjang. Ikut selera masing-masing la. Cukup la bagi saya hanya sekali ke sini. Tapi untuk ke pulau saya rela pergi berulang kali...sekian catatan untuk kali ni.

Nantikan catatan saya ke Istanbul December nanti inshaAllah.