Perth is great for shopping. Tempat ni namanya
Freemantle. Dalam 45 minit dari Perth. Dikatakan di Old Freemantle market barang/harganya agak mahal sikit. Jadi kami sekeluarga shopping ole-ole di
E-shed Market, di toko Bu Ade. Nama tokonya Aussin. Harganya bisa dirunding. Kalau key chain harganya AUD 3.95. Kalau nak ke sini pastikan datang Jumaat- Ahad je. Hari lain, tutup. Kedai ni tutup 9 malam.
Di sini selain kedai ole-ole, ada juga kedai kacang, dried fruit, kedai nasi, etc. Kacang roasted kat sini best sgt...
Gambar di bawah tu pula adalah di
Fisherman's Harbour...kat sini tengok kapal-kapal dan pemandangan yang indah jer...takda tempat shopping pun..pemandangan semata.
Subhanallah, lihatlah betapa indahnya pemandangan di
Kings Park dan
Botanic Garden. Kings Park menjadi taman pertama di Australia dibuka kepada awam pada 1872. Spend a sunny day exploring the river by walking and cycling your way along the foreshore on one of the many cycle and walking tracks provided, or take in waterfun sports and scenic flights (sumber dipetik dari
Perth Tourist Centre Online). Harap suatu hari nanti, kami sekeluarga berkesempatan datang lagi ke sini sambil berbasikal di trak yang disediakan. InsyaAllah.
Destinasi yang seterusnya, adalah
Swan Valley. Ianya hanya 20 minit dari bandar Perth. Tempat ini terkenal dengan wine. Di sini, arak dihasilkan secara tradisional dari rumah dari satu keturunan yang diwarisi. Lihatlah gambar kebun anggur, nampak tak berapa cantik. Tapi bila makan buah anggur di sini, rasanya sangatlah manis..
Di
Whiteman Park terdapat
Caversham Wildlife Park. Untuk masuk sini, entry fees nya 22 AUD per person. Dibuka dari 8 pagi sampai 5 petang. Lokasi ini sememangnya wajib dikunjungi pelancong berkeluarga yang mahu mendekati ladang serta haiwan.
Seterusnya, adalah lawatan ke
Joondalup Country Club iaitu sebuah tempat untuk main golf. Di kawasan berhampiran terdapat sebuah shopping mall, tapi tak ingat nama apa. Di shopping mall tu terdapat food court yang menyediakan sajian halal. Kebab 9 AUD, Nasi dengan lauk 7 AUD.
Lokasi yang seterusnya adalah
City Beach. Di sini kami menikmati pemandangan pantai dengan cuaca yang dingin...
Aha...tempat ni namanya
Penguin Island. Malang sekali, jauh-jauh datang, drive 45 minit dari Perth rupanya ia ditutup dari awal Jun sampai awal September. Oleh itu, kalian surf dulu www.dolphins.com.au sebelum datang ke sini untuk mendapatkan info terkini.
Kailis Fish Market Cafe ni sangat terkenal dengan fish and chipsnya. Tapi saya suka lagi Fish Manhattan kat Malaysia. Portion lagi besar dan murah kalau di sini. Kat sana, salad, sauce everything caj lain...kalau di sini, siap dengan salad,kan...tapi ke sini sebab sambut birthday kakak. Tu yang special...love u, sis!
Bagi penggemar coklat jangan lupa kunjungi
Fremantle Chocolate Factory. Di sini, ada tester. Boleh rasa tapi pastikan tanya ada campur liquor atau tak. Saya suka coklat campur caramel...sedap sangat...ada juga coklat campur cili..memang pedas. Tepuk dada, tanya selera anda:)