Bersemperna dengan cuti Hari Malaysia, kami sekelurga mengambil kesempatan ini untuk bercuti ke Jakarta dgn menggunakan pesawat AirAsia QZ8207...tak sangka pula bila beli time promo ni dpt 'hotseat'...kos lebih kurang RM1000 utk 4 org dewasa...
ni lah rupanye airport Soekarno-Hatta...sori lah pic ni amik dari website yg tertera...almaklumlah percutian ringkas, kamera pun tak larat nk capai...tambahan pula flight delay...so sampai hotel dkt 12 mlm...flight ke jakarta mengambil masa selama 2 jam...time diaorg ni lewat 1 jam berbanding dgn time kita..
pic ni lak amik time nak balik..jap je pegi dua mlm..so tak sempat jln mana..jd kat airport lah ni beli brownies, cookies, fridge magnet...harga mmg mahal la....harga fridge magnet kat Keris ni campur2...ada yg sampai Rp 64 000...tapi sy beli yg murah sikit...
haaaa...yg ni satu Rp 44 000...kira ok lah tu...kek lapis legit pun byk kat sini...
ni pula biskut lidah meow keju..promoter ckp yg keju ni enak...ada perasa original dan coklat juga..yg ni beli kat tingkat bwh airport Terminal 3 dgn harga Rp 45 000...hasil tangkapan Brownies keju Rp 90 000, brownies panggang Rp 97 000, kek lapis legit saiz kecil Rp 39 000...tu jer lah rasanya kalu pasal airport yg cantik dan bersih ni...syabas Indonesia...percutian yg mmg best...tak puas 3 hari 2 mlm jer...
sebuah perkongsian pengalaman percutian di samping menghargai ciptaan Allah di bumi yang indah ini...
Monday, 16 September 2013
Sunday, 17 February 2013
Penginapan di Pekanbaru, Indonesia
iShine Hotel
Dulunya dikenali dengan nama Aston Pekanbaru City Hotel. Hotel ni terletak di Jl. Jend. Sudirman No.158. Lokasi yang sangat strategik untuk shopping di Ramayana.
Ratenya kalau kamar Deluxe Rp.508 000 semalam.
Selesa, bersih, karyawan yang mesra dan mudah senyum, makanan enak, walking distance untuk ke shopping spt ke Pekanbaru Mall, Plaza Senepelen, Plaza Sukaramai (Ramayana), kedai roti Vanhollano (yang sangat terkenal dengan Roti Siak).
Airport Pekanbaru, Indonesia
Nampaknya sudah banyak pembaharuan di airport ini. Dulu kali pertama datang, airportnya sedang construction. Airport yang baru ni, lebih besar dan selesa.
Sultan Syarif Kasim International Airport
Terdapat banyak restoran di sini. Di Serambi ni ada soto, nasi padang, dan lain-lain. Terdapat juga Roti Boy, dan beberapa fast food yang lain.
Lihatlah betapa luasnya airport baru ni..
Kena naik shuttle dari pesawat ke arrival hall..
Di airport baru ni, kita rasa lebih selesa sebab diasingkan utk penumpang yang nak berlepas dengan yang arrival. Jadi di escalator tak sesak sebab untuk tetamu yang baru sampai, kena guna escalotor di wing yang lain. Kesimpulannya, percutian kali ni amat menyeronokkan dengan cuaca yang tak berapa panas. Bulan Feb ni, musim hujan. Kalau datang bulan Mei, agak panas.
makanan enak di Aston Hotel Pekanbaru
hmm..ni yang menariknya di Pekanbaru ni. Walaupun sudah dua kali ke sini, tak pernah rasa bosan dengan makanan Nasi Padangnya. Percutian kali ini, kami sekeluarga mencuba pula hidangan dari iShine Hotel (Aston Hotel)..
Lihatlah betapa menariknya Pisang Keju Colat...bestnya..yang ni order dari kamar sahaja. Tapi lama juga tunggu nak sampai ke bilik..lebih kurang 20 minit. Maklumlah macam-macam hidangan yang kami sekeluarga pesan.
Tempura seafood
Ikan gurame asem manis
Ifu Seafood mie
Bolehlah kalian mencuba...memang sangat sedap dengan harga yang berpatutan.
Tuesday, 18 December 2012
Tips sebelum melancong
Assalamualaikum
Sekadar berkongsi tips/pengalaman.
1) Pastikan tukar matawang asing di sini. Kalau tukar di bank tak dpt byk sgt. Kalau di Bangi ni, saya suka tukar di Warta. Pastikan jumlah mencukupi, jangan pula tukar sikit lepas tu kat negara orang nak tukar, alamat sikit jer dapat...
2) Kalau naik Airasia pastikan beli berat bagasi yg munasabah. Kalau memang plan nak shopping, takkan nak beli beg 15 kg jer..
3) Pastikan print jadual solat, weather forecast untuk sepanjang hari kalian berapa di negara orang. Google aje...pastu print. Baru tahu time solat, suhu, etc...
4) Sebelum keluar rumah, kita digalakkan solat sunat musafir semoga Allah memelihara kita dan keluarga sepanjang berada di negara orang dan memelihara harta benda yang ditinggalkan di sini, pendek kata kepada Allah lah kita berserah sepenuhnya akan keselamatan, rezeki dan lain-lain. Moga Allah permudahkan urusan percutian kita.
5) Tawar setiap kali shopping. Banyakkan berzikir agar penjual lembut hati dan beri kita good price.
6) Jaga solat dan pastikan kesucian/halal makanan yang kita beli.
7) Kalau memang plan nak shopping, bawa extra beg. Rancang perbelanjaan anda dengan bijak. Beli apa yang perlu saje.
8) Bersedekah lah kepada yang memerlukan. Contohnya, kalau pergi zoo belilah t-shirt ke, key chain ke sebab wang kita itu donate kepada pihak zoo. Kalau perlu belikan binatang makanan, belilah carrot, pisang untuk mereka.
9) Rancang betul-betul percutian anda. Beli tiket awal supaya dapat harga murah. Plan nak sewa kereta dengan siapa, plan ground trip nak ambil dengan siapa. Google lah..baca blog orang lain. Untuk ke Bandung, cadangan saya homestaybandung@gmail.com. Email saja untuk atur ground trip dan bayarannya.
10) Pastikan anda sediakan wang untuk airport tax bagi negara yang kita perlu bayar tax. Contoh kalau di Indonesia airport tax nya Rp 75 000.

Tempat-tempat menarik di Perth
Di sini selain kedai ole-ole, ada juga kedai kacang, dried fruit, kedai nasi, etc. Kacang roasted kat sini best sgt...
Gambar di bawah tu pula adalah di Fisherman's Harbour...kat sini tengok kapal-kapal dan pemandangan yang indah jer...takda tempat shopping pun..pemandangan semata.
Subhanallah, lihatlah betapa indahnya pemandangan di Kings Park dan Botanic Garden. Kings Park menjadi taman pertama di Australia dibuka kepada awam pada 1872. Spend a sunny day exploring the river by walking and cycling your way along the foreshore on one of the many cycle and walking tracks provided, or take in waterfun sports and scenic flights (sumber dipetik dari Perth Tourist Centre Online). Harap suatu hari nanti, kami sekeluarga berkesempatan datang lagi ke sini sambil berbasikal di trak yang disediakan. InsyaAllah.
Destinasi yang seterusnya, adalah Swan Valley. Ianya hanya 20 minit dari bandar Perth. Tempat ini terkenal dengan wine. Di sini, arak dihasilkan secara tradisional dari rumah dari satu keturunan yang diwarisi. Lihatlah gambar kebun anggur, nampak tak berapa cantik. Tapi bila makan buah anggur di sini, rasanya sangatlah manis..
Di Whiteman Park terdapat Caversham Wildlife Park. Untuk masuk sini, entry fees nya 22 AUD per person. Dibuka dari 8 pagi sampai 5 petang. Lokasi ini sememangnya wajib dikunjungi pelancong berkeluarga yang mahu mendekati ladang serta haiwan.
Lokasi yang seterusnya adalah City Beach. Di sini kami menikmati pemandangan pantai dengan cuaca yang dingin...
Aha...tempat ni namanya Penguin Island. Malang sekali, jauh-jauh datang, drive 45 minit dari Perth rupanya ia ditutup dari awal Jun sampai awal September. Oleh itu, kalian surf dulu www.dolphins.com.au sebelum datang ke sini untuk mendapatkan info terkini.
Kailis Fish Market Cafe ni sangat terkenal dengan fish and chipsnya. Tapi saya suka lagi Fish Manhattan kat Malaysia. Portion lagi besar dan murah kalau di sini. Kat sana, salad, sauce everything caj lain...kalau di sini, siap dengan salad,kan...tapi ke sini sebab sambut birthday kakak. Tu yang special...love u, sis!
Bagi penggemar coklat jangan lupa kunjungi Fremantle Chocolate Factory. Di sini, ada tester. Boleh rasa tapi pastikan tanya ada campur liquor atau tak. Saya suka coklat campur caramel...sedap sangat...ada juga coklat campur cili..memang pedas. Tepuk dada, tanya selera anda:)
Subscribe to:
Posts (Atom)