Tuesday, 18 December 2012

Tempat-tempat menarik di Miri


Kalau kalian berada di sini pada hari Sabtu bolehlah ke Pasar Malam di Saberkas. Di sini pelbagai juadah dijual dengan harga yang berpatutan. Ada kek lapis, kuih-muih, ayam bakar, satay dan lain-lain. Kek lapis di sini murah tetapi semua rasa sama walaupun rupa lain.

Saya suka beli kek lapis di sini. Nama kedai kamek sik ingat tapi namanya Kak Mahani. Selalu kalau nak order saya call je, pastu nanti dtg amik. Saya suka tempah kek lapis oreo..nang nyaman glak...


Hahah..di sini tempat yang menarik sebab sekolah yang pernah saya berkhidmat dulu...tak lama pun dari tahun 2007 sampai 2009 jer.



Terdapat pelbagai sayuran, buah-buahan di Tamu Muhibbah ni. Ada juga ikan, udang, kerang dan lain-lain. Kerang mahal sikit, 1kg dalam RM7.




Di The Grand Old Lady ni ada muzium tentang carigali. Tapi saya sendiri pun tak pernah masuk. So tak pasti sama ada masuk percuma ataupun kena bayar. Untuk ke sini, kalian kena drive mendaki  bukit dengan jalan yang agak sempit..View dari atas sini memang sangat memukau...nampak seluruh bandar Miri. Subhanallah..


Sunday, 16 December 2012

Tempat-tempat menarik di Bandung


Pemandangan dari atas Pasar Baru...ni adalah Lantai 8 iaitu dari masjid. kat masjid ni, ada tandas utk buang air kecil..bukan utk buang air besar..aras sini juga ada jualan buku-buku agama. Sekadar peringatan, hati-hati sepanjang shopping di sini, kena tawar menawar...kat tgkt bawah plk, terlalu ramai peminta sedekah...siap ada yg bawa baby merayu-rayu minta duit...

Di Saunk Batik ada jual blouse saiz besar, harga pun boleh tawar.




Matlamat ke Bandung adalah untuk shopping pakaian muslimah/ telekung..so kat Rumah Mode ni tak lama pun..tak seperti masa kami spend di Pasar Baru...rasa-rasa 5 jam pun tak cukup sebab terlalu banyak pilihan tudung, telekung, blouse..tapi di Rumah Mode ni best juga...cuma bukan taste saya. Jadi kat Rumah Mode ni hanya beli bread, blouse dan pajamas....lupa nak bgtau, kat sini ada musollah jadi takda masalah nak lama kat sini sbb ada tempat solat..jangan senggaut (terkejar-kejar) ye...





Kalau tak silap kena bayar Rp 50 000/pax untuk masuk ke Gunung Tangkuban Perahu..ada kisah dongeng disebalik nama Tangkuban Perahu..kalian boleh google, cari apakah dongeng tersebut.
Di sini, kuat bau sulfur...kalu rasa-rasa tak tahan pakailah mask. Di sini ramai juga peminta sedekah/ org jual key chain, strawberry, etc... pastikan tawar menawar..jgn terus beli..cuaca kat sini tak sejuk pun, jadi tak perlu pakai baju sejuk...kalau boleh, belilah ataupun shopping lah di gerai-gerai. kesian sbb mereka dah byr sewa, kita pula shopping dgn org yg jual tepi-tepi..








Destinasi paling best adalah Taman Safari Indonesia. Untuk masuk, kena bayar Rp 200 000  seorang dan masuk kereta Rp 15 000. Kalau nak bergambar dengan Orang Utan Rp 20 000 kat Baby Zoo. Kalu nak bergambar dengan Harimau Putih Rp 15 000...memang sgt best kat sini. lagi best kalu 10 pagi kita dah sampai sini sbb byk tempat kena pegi..show terlalu banyak..sy hanya sempat Cowboy Show dan Globe of Death..nak amik pic dgn hero-hero ni free jer..

Sebelum sampai sini, tolong lah beli carrot dan pisang yang dijual di tepi jalan..kita boleh beri binatang ni makan..best sgt...kita beri makan dari dalam kereta je...ada spot tertentu kena tutup tingkap, sbb takut rimau ngap kita...jgn risau, ranger ada...anda sentiasa dlm pantauan

Di sini ada food court jadi tiada masalah makan. pastikan jangan dtg weekend sbb jammed..ramai org jakarta turun sini..alhamdulillah kami pegi weekdays...ada souvenier shop..t-shirt Rp 110 000...mcm2 ada tumbler, topi, seliper, etc.

Tempat shopping kegemaran saya iaitu Rabbani..mcm2 ada swimming suit, kerudung, etc...musolla pun ada di tingkat atas..bila time solat, semua staff pun solat berjemaah...
Satu lagi tempat shopping muslimah adalah di Alisha Fancy Shop..sini banyak Pashima..depa jual kodi juga utk sesiapa berniaga. Kedua2 tmpt ni brg2nya fixed price.









Makan-makan di Bandung

Alhamdulillah...inilah menu kami yang pertama untuk sarapan pagi. Namanya Nasi Kuning. Orang di sini memang makan nasi dengan keropok...mcm org klate la,kan...



Gerai mee ni terdapat di Pasar Baru di Lantai 7 (Lantai 8 adalah masjid)..lantai tu bermakna tingkat ye..saya tak pandai cakap Bahasa Indonesia tetapi kenalah belajar untuk memudahkan urusan urusniaga ataupun shopping...tapi orang di sini menggunakan Bahasa Sunda..tu lagi lah saya tak faham.

Ayuh kita bercerita bab makanan. gerai (Mie Bejo) ni diperkenalkan oleh abg yg keje kat kedai handphone (lantai 5)...time tu, kitaorg sefamili beli sim card Simpati..taknak pakai sim kad malaysia..nnt bil tinggi...untuk pengetahuan semua, Pasar Baru ada 8 tingkat (lantai). Masjid terletak di atas sekali.

Untuk ke tandas, kena bayar Rp 2 000. Untuk makan Mee Yamin Manis spt dlm pic ni Rp 15 000...mee ni memang sangat memenuhi citarasa saya...sama sedapnya dengan Mee Kolok...yummy!! kalian kalu nak makan di food court di Pasar Baru please order direct kat gerai..kalu order dgn org2 yg panggil2 tu harganya tak sama...alamatnya masuk poket lah..huhu...






Pilihan kami untuk dinner..memang sedap walaupun nama Restoran Sederhana..banyak cawangan..taklah mahal mcm restoran mewah yang lain...ada sekali, kami sekeluarga dinner di RM Dapur Penyet..RM tu bermakna Rumah Makan (restoran)...memang sangat mahal dengan portion yang sangat kecil..kami memang tak sediakan bajet yg besar utk makan di restoran mewah jadi dua malam berturut kami makan di Rumah Sederhana...




Sarapan kami sekeluarga untuk hari ketiga dan keempat..iaitu Nasi Uduk..




Sarapan untuk hari terakhir di Bandung adalah Nasi Ponggol...sedap jer makan...maklumlah org suka makan, jadi semua sedap..hahah...





Homestay di Bandung

Ramai pilih untuk menginap di hotel berhampiran Pasar Baru. Tetapi, kami sekeluarga lebih selesa menginap di sini saja. Bumina Nie Nie bermakna Rumah Nenekku...

Agak jauh juga kalau nak berjalan ke Factory Outlet dari sini. Oleh itu, kami hire kereta sewa bersama driver. Alhamdulillah, agen yang kami pilih servisnya mantop. Memang panctual, mudah dirunding dan ringan tulang..pendek kata, PR memang bagus...hahah...







Pilihan kami sekeluarga adalah Kamar VIP di mana ruang tingkat atas adalah area kami. Jadi kami ada toilet dalam bilik, ada ruang tamu sendiri. Di sini ada kemudahan air minuman (water dispenser), peti sejuk. Pihak penginapan menyediakan makan untuk dua org saja jadi saya dan kakak kena bayar Rp 10 000 setiap seorg utk breakfast.

Airport di Bandung

Inilah airport di Bandung. Tak besar manapun..jadi pastikan kalau nak balik KL, sekurang-kurangnya 2 jam awal dah tiba di sini sebelum penerbangan kalian. Nanti di sini jangan lupa bayar airport tax Rp 75 000. Flight ke KL mengambil masa dua jam.

Di depan airport ni, ada byk stall..ala2 food court tp mmg mahal lah. Standard lah kalu harga airport mmg mahal,kan. jgn risau, jalan kaki jer dlm 2 minit terus dpt mkn mcm2. ada stall roti boy, nasi padang, mee,etc...

Dalam airport sendiri pula ada kedai kek lapis, kerepek, bahan bacaan spt suratkhabar, buku, majalah. Di tingkat atas, ada cafe dan jualan minyak aromaterapi, scrub, etc.

Surau sgt kecil, berkongsi dgn lelaki...saranan saya, solatlah di hotel dulu sebelum ke airport sebab boleh buat jamak qasar,kan...

Friday, 31 August 2012

tempat-tempat menarik kat London...






 
Banyak tempat yg best kat London, ttp kteorg sefamili pegi tmpt2 tertentu je sbb dulu ayah study kat Brunel University. menyewa pulak kat Southall...ttp mmg tak da masalah pun g sana. makan senang, byk restoran halal, nk solat pun masjid byk. org Islam pun byk kat sana..yg paling suka adalah g Southall mkn nasi beriani. trust me!! mmg sedap gler..chicken tikka massala, nasi beriani udang, nasi beriani kambing, semua nye lah sedap..kat M'sia tak jumpa lg tmpt yg best mcm kat sini...

open house

hujung minggu...byk jemputan kenduri kawin dan open house. sempat ke memenuhi semua jemputan...